Welcome to my blog!Jangan jadi copycats sudah! and follow yeee :)Dashboard / Follow
STORYMORY BUDAK SEPET: Tinggal Aku Seorang

Saturday, 11 August 2012

Tinggal Aku Seorang

Hi readers , tetibe t'grk hati nk tulis cerite
hurm ya of course it's not perfect =)
but just for fun
if you already read the first line
continue reading okay ?

#seminggu sebelum tamat ramadhan

"Ibu Ayah , jom kita pergi beli baju raya?" tanya aku
"Sabarlha, ramadhan masih panjang" jawab ibu
"Tahun ni , adik nk baju raya warna ungu , boleh?" tanya aku

Ayah dan Ibu hanya tersenyum...
Keesokan harinya , aku menngajak ayah dan ibu
ke Kedai Baju untuk membeli baju raya

#di kedai baju

"Oh cantiknya baju-2 disini" kata aku dngn girang gembira

Ibu dan Ayah aku hanya berdiam diri
Lalu aku menanya lagi tema warna baju raya untuk tahun ini
tiba-tiba Ibu aku berkata

"Ayauh mahu baju melayu ayah  berwarna putih" kata ayah aku dngn sayu

lalu aku berkata

"Kita berpakaian sedondon lha , baru lha cantik" jawab aku
"Ibu ingin kain telekong yang baru dan berwarna putih" kata ibu aku

aku hanya berdiam , ibu dan ayah aku hanya tersenyum
aku berasa tidak sedap hati

#sehari sebelum raya

pakaian raya aku telahpun lengkap
tetapi ibu dan ayah aku tidak membuat ap-2 persiapan
pada malam itu ibu aku berkata

"Malam ini , malam terakhir kita sembahyang terawih bersama-2"
aku menjawabnya "Tahun depankan ada lagi..?"
lalu ayah aku berkata "Manalha thu , kami pergi dulu"

dengan pantas aku memeluk ibu dan ayah aku
mengalir air mata ku , ibu aku berkata

"Jagalha dirimu , kalau kami sudah tiada nanti" kata ibu ku sambil air matanya mengalir di pipinya

dengan rasa sedih , aku mengesat air mata ibuku
dan berkata

"Ibu dan ayah  takkan dan takboleh tinggalkan adik !" dengan teresak-esak aku mngatakan itu

beberapa minit kemudian , ibu ku menyuruh ku tidur kerana esok kami ingin ke masjid untuk sembahyang raya

#Keesokan harinya

Terdengar takbir raya yang indah
Aku keluar dari bilik dengan berpakaian serba baru
sunyi sepi rumahku
aku mencri dimana ibu dan ayah ku

Aku masuk ke dalam bilik ibu dan ayah aku
rupa-rupanya mereka masih lagi tidur
aku mengejut ibu ku yang memakai telekung
mungkin terlalu mengantuk selepas sembahyang semalam
ayahku yang tidak sempat menanggalkan kopiahnya

"Ibu , ayah bangun lha" aku mengejut
akan tetapi , ibu dan ayah ku tidak memberi sebarang
tindak balas
aku mula berasa gelisah kerana terfikir hal semalam

air mataku mula mengalir
dengan rasa terlampau sedih
aku memanggil-manggil "ibu dan ayah" ku

jiran aku terdengar aku menjerit-jerit seorang diri
lalu masuk ke dalam rumahku untuk melihat keadaan ku
jiran aku terus memeluk aku untuk menenangkan aku
aku hanya menangis , menangis dan menangis
bagi aku lebaran pada tahun itu tiada maknanya

selepas 3 tahun  , hatiku yang kosong telah diisi semula
tahun ini , lebaran aku , mungkin tk sempurna seperti dulu
tetapi aku boleh tersenyum kerana kini
aku mempunyai kawan dan teman istimewa ku


#tamat !

yeay tamat , okay "aku" disini bukan merujuk kepada saya okay ?
inspirasi - kawan-2 dan novel


#moral
hargai orang yang anda sayang ! keluarga ? mahupun kawan kerana mereka yang
memenuhi hidup anda semua =)

No comments:

Post a Comment